Pacu (ikan)
Pacu (ikan)

Pacu (ikan)

Pacu (sebutan dalam bahasa Portugis: [paˈku]) ialah nama umum bagi spesies ikan pacu omnivor air tawar di Amerika Selatan yang bersaudara dengan spesies piranha. Pacu dan piranha tidak mempunyai gigi yang sama, perbezaan yang utama ialah bentuk gigi mereka; piranha berbentuk tirus, tajam dan dalam maloklusi yang ketara, manakala gigi pacu berbentuk segi empat, lurus, seperti manusia, dan kurang maloklusi.[1] Selain itu, pacu boleh membesar jauh lebih besar daripada piranha, mencapai panjang hingga 0.9 m (3 kaki) dan 25 kg (55 lbs) jika hidup liar.Pacu ialah satu istilah yang berasal daripada puak India Brazil. Apabila ikan besar daripada genus Colossoma memasuki perdagangan akuarium di Amerika Syarikat dan negara-negara lain, ikan ini telah tersilap dilabel sebagai pacu. Di Amazon, istilah pacu dikhaskan untuk ikan bersaiz kecil dan sederhana dalam genera Metynnis, Mylossoma dan Myleus. Ikan colossoma macropomum adalah dikenali sebagai tambaqui, manakala Piaractus brachypomus dikenali sebagai pirapitinga.